Tuesday 26 April 2011

Kenapa Saiful Tak Teranjang Je DSAI

there's been a tube of k-y jelly on my neighbo...Image by Zombo via FlickrOleh: WFAUZDIN NS

SAYA telah banyak mengikuti ulasan dan komen dari orang ramai samada melalui blog atau facebook berkaitan kes fitnah Liwat II melibatkan DS Anwar yang kini semakin ke penghujung.

Saya tertarik dengan beberapa persoalan dari mereka, di antaranya adalah seperti berikut;

1. Mengapa Pertuduhan berbeza dengan laporan Saiful yang mendakwa beliau dipaksa, sedangkan pertuduhan di bawah Seksyen 377B membawa maksud sukarela atau suka sama suka? Tidakkah wajar digunakan Seksyen 377C yang lebih tepat dengan laporan Saiful?

2. Saiful mendakwa beliau dipaksa, tetapi tiada kesan di duburnya kemasukan secara paksa. Diberitahu bahawa KY Jelly digunakan, tetapi lojiknya jika dipaksa mesti juga walau sedikit ada kesan melecet, luka, lebam di mana-mana bahagian tubuh badan atau didubur memberi erti ada paksaan berlaku dan ada tentangan dari Saiful yang muda dan gagah itu.

3. Sepanjang perbicaraan, tiada dibuktikan Saiful berada di dalam bilik kondo tempat yang dikatakan berlaku kejadian. Yang ada hanya kelibat Saiful memasuki kondo dan berada di lift sahaja.

4. Memang mereka telah memperolehi DNA melalui barang-barang Anwar sewaktu Anwar ditahan di dalam lokap Polis, tetapi adakah mereka telah membuktikan bahawa DNA yang mereka perolehi itu adalah air mani Anwar yang kununnya terdapat di dalam dubur Anwar?

5. Diberitahu bahawa DNA telahpun di`usik' terlebih dahulu oleh Jude Pereira Pegawai Polis yang menyiasat kes ini sebelum dihantar ke makmal.

6. Dimaklumkan juga bahawa terdapat lebih sample DNA disekitar dubur Anwar. Saiful membuat pengakuan bahawa beliau hanya diliwat oleh Anwar seorang. Mengapa tiada ujian dilakukan terhadap sample DNA yang lain selain dari DNA `Y'?

7. Tiada bahan bukti lain dijumpai di tempat kejadian melainkan sehelai bulu kepunyaan Anwar. Jika Saiful berada di bilik itu bersama Anwar, mengapa bulu Saiful tidak dibawa sebagai bahan bukti kes?

Sebenarnya banyak lagi persoalan yang pelik tapi benar di dalam kes ini. Namun, kita yakin pihak mahkamah sudah tentu ada keputusan yang baik dan bijak di dalam isu ini. Jika dahulu kes fitnah Liwat I menimbulkan seribu satu keganjilan, tidak semestinya ia boleh berulang lagi.

Sekiranya mahkamah memutuskan Anwar perlu membela diri, kita akan dapat menyaksikan lebih banyak persoalan yang lebih menarik lagi. Buat ketika ini, syabas kita ucapkan kepada Tim Pembela kerana telah berjaya merungkai banyak perkara./wfauzdin.blogspot.com

Aku setuju sangat dengan penulis ni, Saiful boleh je teranjang DSI jika betul-betul berlaku.

Enhanced by Zemanta

Selamatkan Mereka

Jalan Segama in Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia...Image via WikipediaBiar siapa pun mereka, biar parti mana pun yang mereka sokong, biar apa pun bangsa mereka, mereka adalah saudara kita. Perkara ini bukan sahaja berlaku di Sabah tetapi juga di Semenanjung. Ada saudara dari Indonesia yang terpaksa. Baca di sini

Biar Betul.. Wanita Dan Puteri UMNO Halalkan Babi?

Posted by Addin at 4/27/2011
Umat Islam di Sabah kesal dengan sikap Pergerakan Wanita UMNO dan Puteri UMNO di Sabah yang membiarkan wanita Islam, terutama di bawah umur bekerja di Restoran Cina dipaksa majikan memegang, memasak dan diberi makan makanan yang tidak halal. Naib Ketua Cabang merangkap Setiausaha Cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan mendedahkan demikian setelah bosan dengan sikap Wanita dan Puteri UMNO yang gagal membantu menyelesaikan kemelut perempuan Islam yang bekerja di restoran Cina kerana terus dirantai kemiskinan.

“Mereka bukan sahaja dipaksa memegang, memasak babi, malah diberi makanan yang tidak halal ketika bekerja di restoran. Kita menasihati pekerja berkenaan mengadu kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah dan Wanita serta Puteri UMNO; tetapi tiada sebarang tindak balas daripada institusi berkenaan,” ujar Zainuddin yang memaklumkan pihaknya telah menghantar surat aduan rasmi kepada JHEAINS dan JAKIM.

Kata Zainuddin, isu ini bukan sahaja berlaku di Sandakan, berlaku di seluruh Sabah tetapi paling ketara di Lahad Datu, Tawau dan Kota Kinabalu. “Kebanyakan mereka merupakan pemegang IMM13 dan ramai yang telah mendapat MyPR dan MyKad Malaysia yang diberikan kepada mereka melalui sindiket IC Projek sendikit masa lalu; tetapi isu penting di sini mereka beragama Islam dan kebanyakan mereka adalah ahli Wanita dan Puteri UMNO,” tegas Zainuddin yang kesal kerana tauke kedai tidak prihatin dengan pantang larang penganut agama Islam dan membayar gaji yang terlalu rendah antara RM150 hingga RM300 sebulan/Sabahkini










Enhanced by Zemanta

Friday 22 April 2011

Siapa kata Melayu miskin?

LamborghiniImage via Wikipedia

Gambar ni aku rembat kat - malaysiasensasi.net

Kereta ini diceritakan milik bekas suami seorang artis dan juga kekasih seorang artis yang dapat gelaran artis..... Dia juga anak bekas MB sebuah negeri. Apa kerja yek boleh pakai kereta macam ni?


Enhanced by Zemanta

Peringatan Buat Pemimpin

Qur’ān. V49:11–13: "come to know each oth...Image via Wikipedia

MENJADI PEMIMPIN BUKANNYA SATU KEMULIAAN TETAPI PERTANGGUNGJAWABAN

ALQIADAH : TAKLIF LAA TASYRIF
Kepimpinan adalah institusi terpenting bagi sebuah organisasi. Tidak ketinggalan bagi sebuah Gerakan Islam seperti Parti Islam Semalaysia (PAS).
Justeru itu , ia mestilah menjadi institusi yang paling kukuh dan mantap bagi memastikan dasar perjuangan dapat direalisasikan dengan baik dan menepati objektif serta matlamat perjuangan itu pula dapat dicapai dengan cemerlang.
Menjawat atau menyandang status sebagai seorang pemimpin dipelbagai peringkat parti mestilah dengan segala keupayaan dan kelayakkan yang diiktiraf oleh syara' , berpandukan petunjuk Al - Quran dan As - Sunnah.
Kepimpinan ( Al Qiadah ) bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan (tasyrif) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah (taklif).
عن أبى ذرّ قال: قلت يا رسول الله ألا تستعملنى فضرب بيده على منكبي ثم قال: " يا أبا ذرإنك ضعيف وإنها أمانة وإنها يوم القيامة خزي وندامة إلا من أخذها بحقها وأدّى الذي عليه فيها.
Maksudnya: Daripada Abu Zar katanya: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya."
(Riwayat Muslim)
Berasaskan realiti ini , janganlah sesiapa dikalangan ahli parti memanjat tangga kepimpinan ini dengan gopoh dan rakus. Perhatikan bilah bilah anak tangga dengan teliti dan cermat serta melangkahlah dengan tertib agar tidak termengah dan mencederakan diri sendiri mahupun orang lain .
Apatah lagi dalam keadaan permukaan anak tangga yang licin dan mudah tergelincir. Kesabaran dan kematangan dalam mengambil langkah dan memutuskan sikap adalah dua elemen penting yang dilihat mampu memperkasakan institusi kepimpinan ini.
عن أبى موسى قال: دخلت على النبى صلى الله عليه وسلم أنا ورجلان من بني عمي فقال أحدهما: يا رسول الله أمرنا على بعض ما ولاك الله, وقال الأخر مثل ذلك فقال عليه الصلاة والسلام
"إنَّا والله لا نولِّى هذا العمل أحدا سأله أو أحدا حرص عليه
Maksudnya : Dari Abu Musa RA, Aku menemui Nabi saw. bersama dua orang lelaki dari sepupuku. Seorang dari keduanya berkata: Wahai Rasulullah, angkatlah kami sebagai pemimpin atas sebahagian wilayah kekuasaanmu yang telah diberikan Allah azza wa jalla! Yang satu lagi juga berkata seperti itu. Lalu Rasulullah saw. bersabda: Demi Allah, kami tidak akan mengangkat seorang pun yang meminta sebagai pemimpin atas tugas ini dan tidak juga seorang yang tamak utk memperolehinya .
(Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)
Janganlah kita menjawat atau menyandang status kepimpinan dengan pengaruh pidato atau populariti , begitu juga tidak dengan pengaruh senioriti dan downline . Sebaliknya sandanglah melalui thiqah atau kepercayaan yang diberikan oleh ahli parti berasaskan kelayakan dan keupayaan syari'e.
Thiqah ini pula bukan dibina melalui penonjolan imej dan pembiayaan komunikasi kita dengan ahli ( kerana ia boleh dilakunkan aksinya menjelang muktamar yang ada pemilihan ) tetapi thiqah lahir dari kesungguhan berjuang dan keikhlasan berkorban . Bertunjang pula di atas ketaqwaan yang tinggi dan Himmah yang berwibawa.
Memberi laluan kepada yang layak memimpin dalam keadaan kita adalah calon popular adalah jauh lebih bermaruah daripada kita terus menandingi jawatan kepimpinan tersebut. Tidak memegang jawatan bukanlah bermakna kita tidak boleh menyumbang kepada Islam dan parti yang memperjuangkannya.
Demikian juga mengambil tanggungjawab sebagai seorang pemimpin setelah mendapat thiqah dari ahli dan jamaah adalah mempamerkan ia sebagai seorang pemimpin yang ada kesungguhan berjuang dan himmah yang berwibawa.
Muktamar parti adalah medan untuk bermuhasabah , mengatur strategi , memperkasakan dalaman parti , membina kader dan memberi amanah kepada yang berhak dan layak . Muktamar jangan sekali kali dijadikan papan percaturan politik peribadi dan kelompok yang sangat dinilai hina oleh syara' .
Perwakilan semestinya matang menilai dan memilih saf kepimpinan yang akan menerajui parti mengharungi badai perjuangan membelah episod cabaran baru dunia global hari ini.
Tidak didorong oleh sebarang sentimen yang asing dari apa yang kita pelajari melalui skima pentarbiyyahan parti , yang kita timba selama ini melalui usrah dan kuliah haraki di pelbagai peringkat.
Calon kepimpinan pula tidak meminta diundi atau dipilih dengan pelbagai penampilan dan lobi yang tidak berasaskan keupayaan dan kelayakkan sebenar. Justeru ia hanyalah hipokritisme yang akan merosakkan parti dan dirinya sendiri.
عن عبد الرحمن بن سمرة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم " يا عبد الرحمن لا تسأل الإمارة فإنَّك إن أوتيتها عن مسألة وكلت إليها وإن أعطيتها من غير مسألة أعنت عليها
Maksudnya: Daripada Abdul Rahman bin Samurah, daripada Nabi SAW sabdanya: “Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau dibebankan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)
(Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad)
Semoga muktamar PAS tahun ini , yang akan berlansung di Taman Melewar Gombak dan Shah Alam Selangor [Dewan - Dewan] akan menjanjikan satu muktamar yang bukan sahaja meriah pada sambutannya tetapi juga dilihat hebat dan perkasa menggarap perjalanan parti .
salam perjuangan dari saya
Nasrudin bin Hj Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Enhanced by Zemanta

Sunday 17 April 2011

BN akan kekal berkuasa

Map of Bumiputra and Chinese registered voters...Image via WikipediaBN akan terus kekal berkuasa dengan melakukan langkah-langkah berikut:

Banyakkan hiburan samada yang diadakan di tapak terbuka seperti Jom Heboh atau yang disiarkan melaui TV seperti AF, Mentor dan Raja Lawak atau Maharaja Lawak. Orang Melayu dan Bumiputra suka dengan hiburan, jadi lalaikanlah mereka dengan hiburan-hiburan yang melalaikan semoga mereka lupa dengan kesusahan hidup yang mereka hadapi. Selagi mereka boleh berhibur, naikanlah harga minyak atau barang sebanyak mana pun mereka tak akan kisah.

Kekalkan orang Melayu dan Bumiputra dalam kemiskinan. Bila masa nak mengundi, bagilah mereka RM 50 atau RM 100 dan mereka akan rasa terhutang budi dan terus mengundi BN. Kalau mereka kaya mereka tak akan pandang duit RM 50 atau RM 100. Itulah yang menyebabkan BN kalah di kawasan bandar.

Biarlah orang Melayu dan Bumiputra dalam kebodohan dan kejahilan. Bagi menggagalkan orang Melayu dan Bumiputra, wajibkan semua proses pembelajaran dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Ramai antara mereka tidak menguasai Bahasa Inggeris dan secara otomatik mereka akan gagal. Jangan biarkan mereka mendengar ceramah atau melayari internet. Sumbatkan otak mereka dengan berita TV3 dan Utusan Melayu.

Buat persempadan semula.Luaskan kawasan dewan undangan negeri di kawasan bandar. Sebagai jadikan Shah Alam satu DUN sahaja supaya wakil mereka akan kurang. Sempitkan DUN kawasan Melayu dan Bumiputra, kalau boleh satu kampung jadikan dua atau tiga DUN.

Saya yakin jika langkah-langkah tersebut dijalankan BN akan kekal berkuasa sampai bila-bila.



Enhanced by Zemanta

Thursday 14 April 2011

Realiti atau Fantasi


Mengikut kajian BN akan tumbang dan SNAP akan jadi penentu siapa akan berkuasa. Adakah ini realiti atau sekadar fantasi akan ditentukan besok. Apa yang pasti hari ni pasti ada kejutan besar untuk menghalang kemaraan PR. Kalau semalam RPK, hari ni mungkin OMEGA....


Enhanced by Zemanta

Wednesday 13 April 2011

Melayu Memang Hebat

Costumes of Arab women, fourth to sixth century.Image via WikipediaTopik perbincangan dalam radio IKIM semalam memang hebat. Tajuknya "90% yang mengunjungi pusat judi (gambling centre) adalah Melayu". Aku tak tahu samada ni auta atau fakta, tetapi artikel mengenainya telah keluar kat sebuah akhbar.

Memang banyak respon yang telah diterima. Ada pemanggil yang bersetuju bahawa yang ramai mengunjungi pusat judi adalah Melayu, tetapi bukan Melayu Islam. Kalau Melayu Islam, mereka tak akan berjudi kerana judi tu haram. Ada yang menyalahkan kerajaan kerana kerajaan yang meluluskan lesen judi tersebut.

Aku tertarik dengan ulasan seorang ustaz yang pernah belajar kat Timur Tengah. Katanya segala-galanya bergantung pada kita empunya badan, jangan salahkan orang lain termasuklah kerajaan yang meluluskan lesen judi. Katanya jangan jadi seperti di setengah-tengah negara Arab, bila kat dalam negeri tak ada peluang nak buat maksiat tetapi keluar je balun habis-habis.

Kalau ulasan ustaz ni nak dipakai, bank tak payah ada jaga, orang tak akan curi atau rompak kalau bakal pencuri atau perompak tu dapat menahan diri. Polis pun tak payah buat roadblock atau speed trap, tak ada orang yang bawa laju atau langgar peraturan jalanraya. Peraturan jalanraya tu sendiri pun tak perlu, semuanya bergantung pada individu. Perempuan pun boleh keluar rumah separuh bogel, tak ada orang yang akan ambil kesempatan.

Yang memberi lesen judi Melayu.
Yang membuka pusat judi bukan Melayu.
Yang mengunjungi pusat judi Melayu.
Yang kaya bukan Melayu.
Yang papa kendana Melayu.

Enhanced by Zemanta

Semuanya milik UMNO

Petronas Towers in Kuala Lumpur, Malaysia by C...Image via Wikipedia
Masih aku ingat masa belajar kat TXAI dari 1989 sampai 1991. Pada pertengahan tahun 1991, Petronas ada buat temuduga terbuka di U tempat aku belajar. Kebanyakan kami ambil jurusan Kejuruteraan Gas Asli.
Aku adalah salah seorang yang menghadiri temuduga terbuka tersebut. Soalan pertama yang ditanya oleh penemuduga ialah "Which party do you support, PAS or UMNO?". Mungkin soalan ini keluar sebab aku orang Kelantan dan masa tu PAS baru menguasai Kelantan kembali. Masa tu tengah muda darah tengah panas, selamba je aku jawab " I don't support any political party. All political parties are dirty". Lepas tu aku disuruh keluar. Apa kena mengena Petronas dengan UMNO. Aku nak mintak kerja dengan Petronas bukan dengan UMNO.
Kemudian bila balik Malaysia aku kerja dengan company swasta. Member aku ramai yang kerja dengan Petronas. Selalu juga aku melawat mereka kat Faber Tower, masa tu mana ada KLCC lagi. Kerana kegawatan tahun 1997 dan panas dengan Cina bos aku tu, aku berhenti kerja. Adakah patut Mat Salleh dengan orang Korea yang kerja kat company dapat gaji tapi kuli-kuli melayu yang gajinya rendah je tak dapat. Aku mengamok terus je berhenti.
Isteri aku selalu bising suruh aku minta cikgu ikut adik-beradiknya yang jadi cikgu. Aku pun apply ajelah nak sedapkan hati isteri aku. Naib aku kurang baik, dapat pula panggilan temuduga. Antara soalan yang ditanya semasa temuduga ialah "Mahathir buat macam-macam seperti projek Proton, KLCC dan Putrajaya. Tidakkah anda merasakan semuanya itu adalah membazir?". Dalam hati ingin je aku jawab "Memang membazir". Aku tahu itu soalan perangkap, mungkin penemuduga lihat aku macam orang PAS dengan janggut sejemput. "Projek-projek tersebut nampak seperti membazir tetapi menguntungkan dalam jangkamasa panjang". Aku nak mintak kerja cikgu, apa sangkut paut dengan Mahathir dan UMNO. Jawapan itu menyebabkan aku menyesal hari ini. Cikgu memang tak sesuai dengan jiwa aku, tetapi aku dah tak boleh berundur kerana hutang yang banyak dan umur pun dah tua.
Sebelum aku kahwin dulu, aku ada beli apartment kat Shah Alam kerana terpengaruh dengan ajakan kawan baik. Sebelum dapat membeli apartment tersebut, aku diminta mengisi borang menjadi ahli UMNO. Masa tu tahun 96 memang susah nak dapat beli rumah kerana permintaan tinggi tetapi rumah yang dibina tak banyak. Aku nak beli rumah pakai duit bank, apa kena mengena dengan UMNO. Kalau jadi ahli UMNO, dapat rumah tu free lainlah ceritanya. Aku tak ambik pot dengan mamat tu, tapi dapat juga aku beli apartment tu. Apartment tu pun membuat aku menyesal jugak. Selepas gawat, pemaju menghadapi masalah. Maintenance kena bayar tapi maintence tak buat. Kalau tak bayar air pulak kena potong. Memang dajal pemaju Apartment Taman Bunga Negara tu. Sekarang pun apartment tu nampak buruk sangat dengan catnya luntur, lifnya selalu rosak dan silingnya bocor.


Enhanced by Zemanta

Saturday 9 April 2011

Bila ini akan terjadi di Malaysia?

Seorang wanita Irdayanti Mokhtar, 34, menerima sembilan sebatan oleh Polis Syariah kerana mengadakan hubungan sulit dengan seorang lelaki lain, ketika dia di dalam proses penceraian suaminya.

Hukuman ini dijalankan di hadapan 200 orang penduduk di luar Masjid Al Munawwarah di Jantho, Indonesia.


Seorang pegawai Indonesia bersiap untuk melaksanakan sebatan kepada Irdavanti Mokhtar ketika seorang pegawai lagi mengumumkan hukuman kesalahannya yang akan diterima.

Penduduk yang hadir merakamkan peristiwa itu dengan telefon bimbit mereka dan perakam video sambil berteriak supaya lebih banyak hukuman rotan dijalankan di bandar yang menjalankan hukuman Islam.

Irdayanti telah dijatuhi hukuman sehari sebelum itu oleh mahkamah Syariah di mana pendakwa mengatakan bahawa dia bersalah kerana berada di 'intim' dengan lelaki lain.

Menurut undang-undang Syariah kesalahan itu boleh menyebabkan pesalah menerima hukuman sehingga sembilan sebatan maksimum dengan tongkat atau minima tiga sebatan.


Pegawai Syariah membawa Irdayanti yang pengsan selepas disebat ke hospital

Penduduk telah melihat Irdayanti membawa lelaki lain masuk ke dalam bilik tidurnya, namun ia tidak jelas apakah 'perbuatan' yang mereka lakukan.

Penduduk kemudian masuk dan mengheret mereka ke balai polis tempatan untuk dikenakan hukuman.

Polis Syariah turut menyiasat dakwaan bahawa Irdayanti telah dianiaya oleh orang-orang kampung sebelum menghere mereka untuk dikenakan hukuman.

Tidak lama selepas disebat pada Jumaat lalu, Irdayanti pengsan dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Dia adalah salah satu daripada empat orang, termasuk lelaki yang tertangkap dengan, akan dicambuk untuk perselingkuhan.


Penduduk mengambil gambar dan merakamkan kejadian ketika Irdayanti dibawa turun dari pentas setelah disebat oleh polis Syariah.


N3 kat atas tu wa copy dari blog orang lain.
Tak sabarnya rasanya nak lihat perkara yang sama berlaku di Malaysia. Dah tak larat rasanya menanggung beban terpaksa bersubahat dengan mereka-mereka yang tak serik-serik melakukan maksiat. Kalau perkara seperti ini terjadi di Malaysia, dengan izin Allah Sekolah Harapan boleh ditutup dan tak ada lagi bayi-bayi comel  dalam tong sampah.

Enhanced by Zemanta

Melayu Thailand VS Cina Malaysia

Thailand patong beachImage via Wikipedia

Alahai Melayu Thailand


Cuti sekolah tahun lepas kami sekeluarga melawat Phuket. Kami betul-betul tak bersedia tentang makanan kerana difahamkan kat sana ramai orang Melayu, termasuk yang berasal dari Langkawi. Nama Phuket tu sendiri pun berasal dari perkataan Melayu iaitu bukit.
Dari airport kami mengambil bas untuk jimat belanja. Sampai di Patong Beach, kena pula jalan kaki kerana masalah bahasa. Setelah penat berjalan kami check in kat Patong Tower Resort. Kemudian terkejut beruk kami bila mamat yang sambut kami tu cakap "Welceome to Phuket. My name is Ali". Dengan rambut merah dan subang, kami tak expect namanya Ali. "Yes, I'm a Muslim Malay. My father can speak bahasa. I grew up in the city, so I can't speak Malay".
Selepas check in, dengan perut berkeroncong kami keluar cari makan. Ingatkan macam kat Malaysia dengan kedai Tom Yam yang berlambak. Last-last kami decide  untuk makan di Mc Donalds kerana lihat pekerjanya muka Melayu dan bertudung. " Makanan di sini halal tak?" tanya kami. "I'm sorry I don't speak Malay. Chicken and fish burgers are halal." jawab Aisha. Apa lagi belasah je, dah orang Melayu Islam cakap halal. Kemudian kami dapat tahu Mc Donalds di Phuket burger babi pun jual. Ayam dan ikan katanya halal, tapi daging tidak.
Sepanjang berada ramai orang Melayu Islam yang kami jumpa. Nama mereka adalah nama Melayu, tetapi bahasa mereka bukan Melayu. Kami difahamkan mereka memiliki dua nama, nama Melayu dan nama Siam.
Kita lihat pula Cina yang ada kat Malaysia. Kalau nak cari Cina yang tak tahu cakap Cina atau Bahasa Inggeris, mungkin sampai mati kita tak jumpa. Kalau nak cari Cina yang tak tahu cakap Melayu berlambak-lambak. Bukan sahaja orang tua, budak-budak yang sekolah kebangsaan pun tak tahu cakap Melayu. 
Bahasa Melayu is the national language of Malaysia. As citizens of Malaysia, they must be able to communicate in the language.

Enhanced by Zemanta

Bersediakah PAS?

PGU Besut, Terengganu
PAS pernah memerintah Terengganu, itu adalah fakta. PAS juga mungkin akan mendapat kembali tapuk pemerintahan Terengganu. Persoalannya adakah kita bersedia? Adakah kerajaan PAS nanti akan bertahan lama sebagaimana kerajaan PAS di Kelantan?
Kegagalan kita mempertahankan kerajaan PAS bukan semuanya perlu disalahkan pada UMNO. UMNO berjaya mengambil balik tapuk pemerintahan dengan Gelombang Biru. Itu adalah usaha mereka dan di pihak kita pula bagaimana?
Kegagalan kita dahulu perlu dipersalahkan kepada kita semua, pemimpin dan pendokong PAS Terengganu. Kita telah terlalu terburu-buru dalam mendapatkan hak. Masjid-masjid yang dulunya dipulaukan dengan rakus  
kita rampas. Kita perlu ingat bahawa masjid adalah rumah Allah, bukan milik UMNO atau PAS. Samada ia dibina oleh kerajaan UMNO atau kerajaan PAS atau oleh orang perseorangan, masjid tetap milik Allah. Sepatutnya kita tidak perlu merampas msjid-masjid tersebut, biarkan ahli kariah yang menentukan samada si pulan atau si pulan yang akan menerajui sesebuah masjid.
Kita juga telah terburu-buru membahagi tanah-tanah di Terengganu  seperti membahagi harta rampasan perang. Ada yang mengugut akan meninggalkan perjuangan PAS jika tidak mendapat tanah. Ingat perjuangan kita adalah berbeza dengan mereka. Sepatutnya tanah-tanah dibahagi kepada mereka yang layak, yang miskin dan tak mampu memiliki tanah. Usah dikira samada mereka orang UMNO atau orang PAS. Orang PAS yang berada perlu berkorban dan tak perlulah meminta-minta balasan untuk pengorbanan sebelumnya. Jika kita telah melakukan demikian pasti penyokong PAS akan bertambah.
Kita juga telah terburu-buru membuat janji untuk menolong orang-orang kampung dengan pelbagai janji. Bila kerajaan pusat menyekat duit royalti, pihak kerajaan PAS telah menghadapi masalah menunaikan janji-janji yang dibuat. Orang-orang kampung tidak memahami apa yang berlaku, yang mereka tahu kerajaan PAS telah menipu.
Enhanced by Zemanta