Wednesday 13 April 2011

Semuanya milik UMNO

Petronas Towers in Kuala Lumpur, Malaysia by C...Image via Wikipedia
Masih aku ingat masa belajar kat TXAI dari 1989 sampai 1991. Pada pertengahan tahun 1991, Petronas ada buat temuduga terbuka di U tempat aku belajar. Kebanyakan kami ambil jurusan Kejuruteraan Gas Asli.
Aku adalah salah seorang yang menghadiri temuduga terbuka tersebut. Soalan pertama yang ditanya oleh penemuduga ialah "Which party do you support, PAS or UMNO?". Mungkin soalan ini keluar sebab aku orang Kelantan dan masa tu PAS baru menguasai Kelantan kembali. Masa tu tengah muda darah tengah panas, selamba je aku jawab " I don't support any political party. All political parties are dirty". Lepas tu aku disuruh keluar. Apa kena mengena Petronas dengan UMNO. Aku nak mintak kerja dengan Petronas bukan dengan UMNO.
Kemudian bila balik Malaysia aku kerja dengan company swasta. Member aku ramai yang kerja dengan Petronas. Selalu juga aku melawat mereka kat Faber Tower, masa tu mana ada KLCC lagi. Kerana kegawatan tahun 1997 dan panas dengan Cina bos aku tu, aku berhenti kerja. Adakah patut Mat Salleh dengan orang Korea yang kerja kat company dapat gaji tapi kuli-kuli melayu yang gajinya rendah je tak dapat. Aku mengamok terus je berhenti.
Isteri aku selalu bising suruh aku minta cikgu ikut adik-beradiknya yang jadi cikgu. Aku pun apply ajelah nak sedapkan hati isteri aku. Naib aku kurang baik, dapat pula panggilan temuduga. Antara soalan yang ditanya semasa temuduga ialah "Mahathir buat macam-macam seperti projek Proton, KLCC dan Putrajaya. Tidakkah anda merasakan semuanya itu adalah membazir?". Dalam hati ingin je aku jawab "Memang membazir". Aku tahu itu soalan perangkap, mungkin penemuduga lihat aku macam orang PAS dengan janggut sejemput. "Projek-projek tersebut nampak seperti membazir tetapi menguntungkan dalam jangkamasa panjang". Aku nak mintak kerja cikgu, apa sangkut paut dengan Mahathir dan UMNO. Jawapan itu menyebabkan aku menyesal hari ini. Cikgu memang tak sesuai dengan jiwa aku, tetapi aku dah tak boleh berundur kerana hutang yang banyak dan umur pun dah tua.
Sebelum aku kahwin dulu, aku ada beli apartment kat Shah Alam kerana terpengaruh dengan ajakan kawan baik. Sebelum dapat membeli apartment tersebut, aku diminta mengisi borang menjadi ahli UMNO. Masa tu tahun 96 memang susah nak dapat beli rumah kerana permintaan tinggi tetapi rumah yang dibina tak banyak. Aku nak beli rumah pakai duit bank, apa kena mengena dengan UMNO. Kalau jadi ahli UMNO, dapat rumah tu free lainlah ceritanya. Aku tak ambik pot dengan mamat tu, tapi dapat juga aku beli apartment tu. Apartment tu pun membuat aku menyesal jugak. Selepas gawat, pemaju menghadapi masalah. Maintenance kena bayar tapi maintence tak buat. Kalau tak bayar air pulak kena potong. Memang dajal pemaju Apartment Taman Bunga Negara tu. Sekarang pun apartment tu nampak buruk sangat dengan catnya luntur, lifnya selalu rosak dan silingnya bocor.


Enhanced by Zemanta

No comments:

Post a Comment