Saturday 9 April 2011

Bersediakah PAS?

PGU Besut, Terengganu
PAS pernah memerintah Terengganu, itu adalah fakta. PAS juga mungkin akan mendapat kembali tapuk pemerintahan Terengganu. Persoalannya adakah kita bersedia? Adakah kerajaan PAS nanti akan bertahan lama sebagaimana kerajaan PAS di Kelantan?
Kegagalan kita mempertahankan kerajaan PAS bukan semuanya perlu disalahkan pada UMNO. UMNO berjaya mengambil balik tapuk pemerintahan dengan Gelombang Biru. Itu adalah usaha mereka dan di pihak kita pula bagaimana?
Kegagalan kita dahulu perlu dipersalahkan kepada kita semua, pemimpin dan pendokong PAS Terengganu. Kita telah terlalu terburu-buru dalam mendapatkan hak. Masjid-masjid yang dulunya dipulaukan dengan rakus  
kita rampas. Kita perlu ingat bahawa masjid adalah rumah Allah, bukan milik UMNO atau PAS. Samada ia dibina oleh kerajaan UMNO atau kerajaan PAS atau oleh orang perseorangan, masjid tetap milik Allah. Sepatutnya kita tidak perlu merampas msjid-masjid tersebut, biarkan ahli kariah yang menentukan samada si pulan atau si pulan yang akan menerajui sesebuah masjid.
Kita juga telah terburu-buru membahagi tanah-tanah di Terengganu  seperti membahagi harta rampasan perang. Ada yang mengugut akan meninggalkan perjuangan PAS jika tidak mendapat tanah. Ingat perjuangan kita adalah berbeza dengan mereka. Sepatutnya tanah-tanah dibahagi kepada mereka yang layak, yang miskin dan tak mampu memiliki tanah. Usah dikira samada mereka orang UMNO atau orang PAS. Orang PAS yang berada perlu berkorban dan tak perlulah meminta-minta balasan untuk pengorbanan sebelumnya. Jika kita telah melakukan demikian pasti penyokong PAS akan bertambah.
Kita juga telah terburu-buru membuat janji untuk menolong orang-orang kampung dengan pelbagai janji. Bila kerajaan pusat menyekat duit royalti, pihak kerajaan PAS telah menghadapi masalah menunaikan janji-janji yang dibuat. Orang-orang kampung tidak memahami apa yang berlaku, yang mereka tahu kerajaan PAS telah menipu.
Enhanced by Zemanta

No comments:

Post a Comment