Tuesday 3 May 2011

Osama is dead

Osama is dead, Osama sudah terbunuh, Osama sudah meninggal. Bagi sesetengah orang Osama telah mati, tetapi bagi sesetengah yang lain Osama masih lagi hidup, sekurang-kurangnya dalam jiwa mereka. Jika benar Osama telah berjuang demi Allah dan Islam, maka beliau tetap hidup di sisi Allah.

Osama telah pergi dan dianggap pengganas, termasuk oleh Perdana Menteri kita, bagaimana dengan pengganas yang lain. Al-Qaeda dilaporkan telah menyebabkan kematian kurang dari 10000 nyawa, bagaimana dengan tentera Amerika yang menyebabkan jutaan Muslim terbunuh samada di Iraq, Afghanistan, Somalia, Palestin dan lain-lain. Bagaimana dengan tenteran NATO yang masih lagi menjajah dan cuba menjajah negara umat Islam.
Apakah dunia akan aman tanpa Osama. Sudah pasti tidak kerana punca keganasan bukanya Osama tetapi Israel. Selagi Israel wujud selagi itu dunia tidak akan aman. Selagi Amerika berada di bumi umat Islam mencampuri urusan umat Islam, selagi tu Amerika akan diperangi.
Pilihan adalah di tangan Obama.
Enhanced by Zemanta

No comments:

Post a Comment