Tuesday 17 May 2011

Semua Cerita Pasal Pengurangan Subsidi

A 6-car General Electric EMU (No. 1138) in the...Image via WikipediaHari tu Muhyiddin, semalam Najib dengan ayah Wafi. Semuanya bercerita pasal betapa banyaknya kerajaan terpaksa menanggung subsidi minyak kerana harga minyak dunia yang tinggi.
Setahu aku Malaysila adalah pengeluar minyak, jadi jika harga minyak dunia tinggi, keuntungan yang kita dapat juga tinggi. Semakin tinggi keuntungan yang kita dapat, sepatutnya lagi banyak yang kita boleh beri pada rakyat.
Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan segala menteri lain takakan terasa dengan kenaikan harga minyak kerana mereka tak perlu bayar.
Jika harga minyak naik lagi, harga segala barang akan naik secara otomatik. Semalam habis area Sungai Buloh, pi cari tayar Myvi. Dulu, tahun lepas rege sebiji RM 120, sekarang dah naik RM 155 dan Cina kedai tayar tu cakap, bulan depan naik lagi.
Kita boleh check, tiada negara pengeluar minyak jual minyak kat rakyat dengan harga tinggi. Tak payah pergi jauh, negara jiran kita Brunei pun dah cukup untuk buat perbandingan. Ni sikit-sikit banding dengan Singapura, tetapi tentang perdapatan perkapita tak nak pula banding.
BN boleh buat apa saja tetapi tetap akan menang PRU 13 nanti. Mungkin BN akan kalah di bandar-bandar tetapi tetap menang di kampung-kampung dengan bayaran RM 50 seorang.

Enhanced by Zemanta

No comments:

Post a Comment